SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK SRI LANANG.
--------------------------------------------------------------------------------------

Blog ini adalah laman blog rasmi Sekolah Kebangsaan Sri Lanang. Ia merupakan satu jaringan di antara pentadbir, guru-guru,staf, murid-murid SK Sri Lanang dan juga komuniti sekeliling. Di harap dengan adanya blog ini, maklumat dan informasi terkini akan dapat disampaikan secara lebih berkesan, cepat dan tepat. Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut ataupun ingin berkongsi maklumat, boleh email ke sksrilanang@ppdjasin.edu.my ataupun berhubung terus dengan Guru Penyelaras ICT SK Sri Lanang. Harap Maklum.


22 June 2015

PELAJAR CEMERLANG PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015


Kelab guru telah memberi sumbangan kepada 3 orang  pelajar cemerlang untuk peperiksaan pertengahan tahun 2015 yang mendapat 3A 2B. Tahniah diucapkan dari warga SKSL.





PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT NEGERI MELAKA


Tahniah diucapkan kepada adik Najihah Bt Kasim yang telah mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan bercerita peringkat negeri melaka bagi tahun 2015.





2 June 2015

MY DESIRE CAMP 15

Camping ini telah diadakan pada 30 dan 31 Mei 2015 yang bertempat di SK Sri Lanang. Dirasmikan oleh Tn Hj Ibrahim Bin Adam ( Imam Masjid Kg Kelubi,Jasin) dan camping ini telah dianjurkan oleh Salimin Foundation & Anak Perantau Kelubi