SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK SRI LANANG.
--------------------------------------------------------------------------------------

Blog ini adalah laman blog rasmi Sekolah Kebangsaan Sri Lanang. Ia merupakan satu jaringan di antara pentadbir, guru-guru,staf, murid-murid SK Sri Lanang dan juga komuniti sekeliling. Di harap dengan adanya blog ini, maklumat dan informasi terkini akan dapat disampaikan secara lebih berkesan, cepat dan tepat. Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut ataupun ingin berkongsi maklumat, boleh email ke sksrilanang@ppdjasin.edu.my ataupun berhubung terus dengan Guru Penyelaras ICT SK Sri Lanang. Harap Maklum.


Latarbelakang

SEJARAH SEKOLAH.

      Apabila Jasin English School yang asal berpecah kepada dua pentadbiran pada Tahun 1971, maka wujudlah Jasin Primary English School 2. Guru Besar pertamanya ialh Encik S.R Balasingam. Sekolah ini kemudiannya bertukar kepada nama SRK English 2. Dalam Tahun 1976, nama sekolah ini bertukar lagi kepada SRK Paya Batu dan masih menggunakan bangunan SRK Air Baruk yang lama. Sesi persekolahan pada masa itu ialah 6 bulan sesi pagi dan 6 bulan sesi petang, bergilir-gilir dengan SRK Air Baruk.
     Oleh kerana bangunan yang lama terpaksa berkongsi bangunan dan murid-murid kedua-dua buah sekolah semakin meningkat dan dengan desakan ibubapa, maka sebuah sekolah baru telah dibina di kawasan Kampung Kelubi dengan keluasan kawasan 2.5 hektar dan siap dalam Tahun 1979. Bangunan baru ini telah mula beroperasi pada 1 Ogos 1979. Bangunan baru ini telah diberi nama SRK Sri Lanang.Guru Besar masih lagi Encik S.R Balasingam.
     Ramai murid ketika itu ialah 533 orang. tenaga pengajar pengasas sekolah baru ini ialah 16 orang. kakitangan pejabat 2 orang dan pekerja am 3 orang.
      Oleh kerana kedudukan sekolah ini tidak begitu strategik dan jauh pula dari pusat bandar, masalah tiada bas sekolah mahu menghantar murid ke sekolah, tiada pula pembangunan perumahan maka keramaian murid semakin merosot. Enrolmen sekolah pada masa ini ialah 324 orang. Tenaga pengajar 21 orang, kakitangan pejabat 2 orang dan pekerja am swasta 2 orang dan jaga swasta. Ada 11 aliran bilik darjah dan sebuah bilik pra sekolah dengan seramai 25 orang murid.
   






No comments:

Post a Comment