SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK SRI LANANG.
--------------------------------------------------------------------------------------

Blog ini adalah laman blog rasmi Sekolah Kebangsaan Sri Lanang. Ia merupakan satu jaringan di antara pentadbir, guru-guru,staf, murid-murid SK Sri Lanang dan juga komuniti sekeliling. Di harap dengan adanya blog ini, maklumat dan informasi terkini akan dapat disampaikan secara lebih berkesan, cepat dan tepat. Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut ataupun ingin berkongsi maklumat, boleh email ke sksrilanang@ppdjasin.edu.my ataupun berhubung terus dengan Guru Penyelaras ICT SK Sri Lanang. Harap Maklum.


20 April 2011

Sekitar Mesyuarat Agong PIBG








Jawatankuasa Pendaftaran setia menunggu kehadiran para ibubapa/penjaga,JK PIBG,Tuan PPD Jasin dan YB Datuk Hj.Ghazale b Mohamad.




Sebahagian dari ibubapa/penjaga sedang membuat pendaftaran kehadiran mesyuarat.


 Tuan Guru Besar dan Tuan PPD Jasin sedang menyambut kehadiran YB Datuk Hj.Ghazale b Mohamad.




Tuan Guru Besar sedang memberi ucapan aluan-aluan.




                                          

                            
                                                                                         

YB Datuk sedang memberi ucapan perasmian.                                                                            


Ucapan perasmian dari YB Datuk Hj.Ghazale b Mohamad di majlis Mesyuarat Agong PIBG.


Keceriaan jelas terpancar pada wajah puan pengerusi majlis.


Guru ICT sedang memberi panduan kepada YB Datuk bagi merasmikan pelancaran blog rasmi sekolah bersama Tuan Guru Besar,GPK HEM, YDP PIBG dan Tuan PPD Jasin.





                                                                                                                                                                                                   
 


YB Datuk sedang mencatat sesuatu pada blog rasmi SKSL.



 Sebahagian dari para jemputan yang masih setia menunggu di majlis perasmian Mesyuarat Agong PIBG.



Guru ICT sedang memberi penerangan dan taklimat berkaitan blog rasmi sekolah selepas majlis perasmian blog kepada semua ibubapa/penjaga. 











YDP PIBG sedang mempengerusikan mesyuarat bersama JK yang hadir.

19 April 2011

Wira SKSL





 Kehebatan pemain hoki SKSL menjuarai Kejohanan Hoki (L) B12 Daerah Jasin.




Jurulatih-jurulatih yang hebat telah melahirkan pemain-pemain yang hebat. Kepuasan jelas terpancar pada setiap wajah.





Pemain-pemain sedang menunggu untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

Sekalung Tahniah

Warga SKSL mengucapkan tahniah kepada adik Farah Hasikin bt Adnan dari Tahun 6Arif kerana telah berjaya mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan mendeklamasi sajak SR Daerah Jasin pada 19 APRIL 2011 yang diadakan di SK Jus. Bravo...

18 April 2011

Tahniah

Bolasepak
Tahniah kepada adik Mohammad Zulqairie bin Zainal Abidin dari Tahun 5Arif kerana telah mewakili Daerah Jasin ke peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di SK Seri Laksamana,Masjid Tanah dan berjaya mendapat tempat ke 4. Perlawanan telah berlangsung pada 12 dan 13 APRIL 2011.
Hoki
Tahniah kepada pasukan SKSL kerana telah menjadi Johan B12 Daerah Jasin yang diadakan di Stadium Hoki Bukit Serindit,Melaka.Perlawanan telah diadakan pada 12 APRIL yang lalu. Tahniah juga kepada 6 orang pemain SKSL yang terpilih untuk mewakili Daerah Jasin ke peringkat negeri.
Bolajaring.
Tahniah juga kepada pasukan SKSL kerana berjaya ke peringkat suku akhir B12 yang telah berlangsung di SK(F) Bkt.Senggeh.

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke38

Perhatian kepada semua Ibubapa/Penjaga Murid. 
Perkara berkaitan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh      : 19 APRIL 2011
Hari         : Selasa
Masa       : 02.30 p.m.
Perasmi  : YB Datuk Hj.Ghazale bin Mohammad
                  Pengerusi JK Negeri Pengangkutan,
                  Penerangan,Perpaduan dan Pengguna Negeri Melaka

11 April 2011

Khidmat Bantu

       


  
 


   
                                  Pada 11 April 2011 jam 8.30 a.m.Pn.Zanariah bersama 
                            flying skuad FT PKG 11 Jasin telah melakukan configuration dan 
                    housekeeping terhadap server dan komputer makmal SKSL
                                          Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
                FT yang telah bertungkus lumus memastikan ICT sekolah
                                                 berjalan dan sempurna seperti biasa.
 .
          
  


 
       
   

      

10 April 2011

Kajian & Penyelidikan KPM

     Pada tanggal 7hb April,2011 yang lalu, sekolah telah dilawati oleh En.Mohd Kamal b Abdullah (Pen.Pengarah Kurikulum,BPK,KPM) dan En.Hady b Ali (Pen.Pengarah Bhgn Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM). Tujuan kehadiran mereka adalah untuk menjalankan kajian dan penyelidikan PCG.
Kajian dan penyelidikan tersebut melibatkan kerani,GPM,Ketua-ketua Panitia dan pentadbiran.
     Menurut pegawai-pegawai berkenaan, SKSL telah dipilih untuk mewakili seluruh sekolah-sekolah negeri Melaka dalam mendapatkan maklumat kajian dan penyelidikan KPM berkaitan PCG.

7 April 2011

Pemantauan BTPM

           Pada 05 April 2011 yang lalu Cik Hjh.Halimah bt Jantan(Pen.Pengarah BTPNM) dan En.Musman(Pegawai Unit ICT BTPNM) telah datang melawat ke Makmal Komputer SKSL untuk pemantauan kerosakan peralatan ICT dan perkara yang bersangkutan pembekal peralatan ICT.

            Pihak sekolah mengucapkan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan mereka berdua sehingga dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi selama berbulan lamanya dengan cukup pantas.

6 April 2011

Sekitar Pertandingan Nyanyian Solo

Farah Hasyikin.
Nur amirah Nabihah.
Pemenang bersama VIP.
Wakil PPD Jasin merasmikan perasmian penutup.
Peserta sedang mengalunkan lagu.

Dendangan lagu dengan penuh penghayatan.




Guru Besar dan tenaga pengajar bersama peserta.









Para pemenang bersama tropi dan sijil.




Gaya alunan lagu tersendiri.






4 April 2011

Tahniah

Naib Johan Kejohanan Bola Baling B12 Tahun Perempuan Daerah Jasin 2011 yang telah berlangsung di SMK Datuk Bendahara,Jasin.

3 April 2011