SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK SRI LANANG.
--------------------------------------------------------------------------------------

Blog ini adalah laman blog rasmi Sekolah Kebangsaan Sri Lanang. Ia merupakan satu jaringan di antara pentadbir, guru-guru,staf, murid-murid SK Sri Lanang dan juga komuniti sekeliling. Di harap dengan adanya blog ini, maklumat dan informasi terkini akan dapat disampaikan secara lebih berkesan, cepat dan tepat. Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut ataupun ingin berkongsi maklumat, boleh email ke sksrilanang@ppdjasin.edu.my ataupun berhubung terus dengan Guru Penyelaras ICT SK Sri Lanang. Harap Maklum.


10 April 2011

Kajian & Penyelidikan KPM

     Pada tanggal 7hb April,2011 yang lalu, sekolah telah dilawati oleh En.Mohd Kamal b Abdullah (Pen.Pengarah Kurikulum,BPK,KPM) dan En.Hady b Ali (Pen.Pengarah Bhgn Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM). Tujuan kehadiran mereka adalah untuk menjalankan kajian dan penyelidikan PCG.
Kajian dan penyelidikan tersebut melibatkan kerani,GPM,Ketua-ketua Panitia dan pentadbiran.
     Menurut pegawai-pegawai berkenaan, SKSL telah dipilih untuk mewakili seluruh sekolah-sekolah negeri Melaka dalam mendapatkan maklumat kajian dan penyelidikan KPM berkaitan PCG.

No comments:

Post a Comment