SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK SRI LANANG.
--------------------------------------------------------------------------------------

Blog ini adalah laman blog rasmi Sekolah Kebangsaan Sri Lanang. Ia merupakan satu jaringan di antara pentadbir, guru-guru,staf, murid-murid SK Sri Lanang dan juga komuniti sekeliling. Di harap dengan adanya blog ini, maklumat dan informasi terkini akan dapat disampaikan secara lebih berkesan, cepat dan tepat. Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut ataupun ingin berkongsi maklumat, boleh email ke sksrilanang@ppdjasin.edu.my ataupun berhubung terus dengan Guru Penyelaras ICT SK Sri Lanang. Harap Maklum.


18 April 2011

Tahniah

Bolasepak
Tahniah kepada adik Mohammad Zulqairie bin Zainal Abidin dari Tahun 5Arif kerana telah mewakili Daerah Jasin ke peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di SK Seri Laksamana,Masjid Tanah dan berjaya mendapat tempat ke 4. Perlawanan telah berlangsung pada 12 dan 13 APRIL 2011.
Hoki
Tahniah kepada pasukan SKSL kerana telah menjadi Johan B12 Daerah Jasin yang diadakan di Stadium Hoki Bukit Serindit,Melaka.Perlawanan telah diadakan pada 12 APRIL yang lalu. Tahniah juga kepada 6 orang pemain SKSL yang terpilih untuk mewakili Daerah Jasin ke peringkat negeri.
Bolajaring.
Tahniah juga kepada pasukan SKSL kerana berjaya ke peringkat suku akhir B12 yang telah berlangsung di SK(F) Bkt.Senggeh.

No comments:

Post a Comment