SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK SRI LANANG.
--------------------------------------------------------------------------------------

Blog ini adalah laman blog rasmi Sekolah Kebangsaan Sri Lanang. Ia merupakan satu jaringan di antara pentadbir, guru-guru,staf, murid-murid SK Sri Lanang dan juga komuniti sekeliling. Di harap dengan adanya blog ini, maklumat dan informasi terkini akan dapat disampaikan secara lebih berkesan, cepat dan tepat. Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut ataupun ingin berkongsi maklumat, boleh email ke sksrilanang@ppdjasin.edu.my ataupun berhubung terus dengan Guru Penyelaras ICT SK Sri Lanang. Harap Maklum.


17 May 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Pelajar-pelajar sedang memasak siput sedut masak lemak kuning dan kari ayam untuk menu tambahan jamuan guru.

Guru-guru dan murid-murid mendengar taklimat dari pengerusi majlis.

Guru-guru menyanyikan "Guru Malaysia" di bawah pimpinan Pn.Nor Hidayah.

Cikgu Hidayah mengetuai guru-guru menyanyikan "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".

Suka dapat bergambar...Pengawas sekolah akan menyerahkan kuntuman bunga kepada semua pendidik.Tahniah Badan Pengawas.

Pra Arif sedang membuat persembahan.

Pra Bestari sedang mengalunkan lagu.

Pra Bestari sedang membuat aksi mengikut alunan lagu.

Pelajar Tahun 2 Arif sedang mengalunkan lagu "Ibu" di iringi petikan gitar oleh En.Suhaimi.

Pelajar Tahun 6Arif, Farah Hasyikin Adnan mendeklamasi sajak.

Adik Nur Amirah Nabihah menyampaikan sebuah lagu.

Hebat persembahan dari En.Amin dengan lagu terhebat masa kini. Semua dapat merasai apa yang dia rasa.

Suasana dan ketika penyampaian hadiah untuk seluruh warga pendidik SKSL.

Semua terpegun dengan persembahan pentas.

Pn.Mardieh sedang mendeklamasi sajak sempena Hari guru.

12 May 2011

SAMBUTAN HARI KANTIN 2011

Wakil-wakil dari agensi luar sedang mendengar
ucapan perasmian dari wakil PPD Jasin.
 
Pelajar-pelajar berada di kantin sekolah untuk mendengar ucapan.
 

Peniaga Pusat Sumber Sekolah sedang menunggu pelanggan
pertama untuk memulakan perniagaan awal pagi...
 

Peniaga nasi lemak Kelab Matematik lebih bergaya dan
hebat dari nasi lemaknye...Lihat aksi mereka.Tapi... memang 
hebat nasi lemak Kak Mardeiah terutama sambalnye.Powerrrrrr.


Peniaga burger Kelab Sains sedang menggoreng daging burger.
Posing jangan tak posing..biar hangit daging burger tuuuu.
 

Cayalah peniaga kelab Komputer. Boleh masuk dalam youtube aksi kome.
Ayam goreng dan kentang goreng habis.Siap ada jajan special lagi.
 
Maklumat yang dipamerkan oleh Jabatan Penjara Malaysia



Guru Kelab Agama dan JK sibuk menyusun  pakaian terpakai. 
Sambutan yang diterima dari pengunjung amat menggalakkan.
 

Wakil PPD Jasin sedang memberi ucapan perasmian.
 


Maklumat berkaitan sebatan yang dipamerkan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
 

Jumlah hukuman sebatan rotan oleh pihak berkuasa 
yang dipamerkan oleh Jabatan Penjara.



Jenis-jenis rotan yang digunakan di dalam penjara.



Kesan sebatan rotan yang dialami oleh pesalah/banduan.
 

Pegawai-pegawai penjara sedang menyusun atur
hasil pameran untuk tatapan pengunjung.
 


Para Jururawat sedang mendengar taklimat dan penerangan dari seorang 
doktor di bilik pameran yang disediakan untuk KKM.
 


Piramid Makanan Malaysia yang disediakan oleh KKM.
 


Suasana pada waktu pagi selepas upacara perasmian.
 

Keceriaan dan kesibukan ibubapa  melayan anak-anak  membeli sambil menderma.
 

Jurulatih-jurulatih dari Pusat Ko-Kurikulum Lancang sedang memasang tali temali.
 


En.Syahreen dan En.Badrul sedang memastikan keselamatan tali 
sebelum aktiviti dilakukan oleh pelajar-pelajar SKSL.



"Black " sedang mengalunkan lagu hits masa kini..."Sofea Jane".
Ramai juga pelajar-pelajar yang berkaraoke yang dikendalikan oleh Kelab Muzik..



Dua orang "model sambilan" sedang mempromosi maklumat
dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
 



En.Syahreen sedang memastikan keselamatan alatan yang dipakai
oleh Nur Alinliana sebelum bergerak ke tempat yang diarahkan.


Salah seorang pelajar SKSL sedang melakukan "abseiling".
Aktiviti ini mendapat sambutan yang amat hebat dari para pelajar.

9 May 2011

Karnival Pendidikan Negeri Melaka

  PERTANDINGAN KALAM JAMAI'E NEGERI MELAKA.



Peserta-peserta SKSL sedang mempromosikan diri masing-masing sebelum pertandingan bermula.








Pasukan SKSL sedang membuat persembahan di Karnival Pendidikan Negeri Melaka pada 7 Mei,2011 yang lalu.


Gaya persembahan pasukan SKSL dipertontonkan pada umum di pertandingan tersebut.


"Conduktor" sedang memberi isyarat kepada peserta-peserta dalam menyampaikan isi cerita berdasarkan kepada tema yang telah ditetapkan.



Tahniah kepada pasukan SKSL kerana berjaya memenangi tempat ke 4 peringkat negeri di karnival Pendidikan Melaka 2011.


Ujian SEGAK



Guru PJK sedang memberikan taklimat dan panduan kepada pelajar-pelajar mengenai butiran yang perlu dilengkapkan di dalam borang.




Pelajar-pelajar sedang melakukan timbangan berat.



Ujian jangkauan sedang dilakukan.


GPK Ko-Ku sedang memantau pelajar-pelajar dalam melakukan tekan tubi di kantin sekolah.




Pelajar-pelajar sedang mengisi borang SEGAK sebelum ujian sebenar dilakukan.




Guru PJK sedang memantau pelajar-pelajar dalam memastikan maklumat di borang di penuhkan dengan tepat.



Gambaran menunjukkan pelajar-pelajar sedang menulis dan mencatatkan sesuatu pada borang SEGAK.



Pelajar-pelajar sedang mendapat taklimat dari SU Sukan mengenai timbangan berat badan.