SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK SRI LANANG.
--------------------------------------------------------------------------------------

Blog ini adalah laman blog rasmi Sekolah Kebangsaan Sri Lanang. Ia merupakan satu jaringan di antara pentadbir, guru-guru,staf, murid-murid SK Sri Lanang dan juga komuniti sekeliling. Di harap dengan adanya blog ini, maklumat dan informasi terkini akan dapat disampaikan secara lebih berkesan, cepat dan tepat. Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut ataupun ingin berkongsi maklumat, boleh email ke sksrilanang@ppdjasin.edu.my ataupun berhubung terus dengan Guru Penyelaras ICT SK Sri Lanang. Harap Maklum.


17 May 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Pelajar-pelajar sedang memasak siput sedut masak lemak kuning dan kari ayam untuk menu tambahan jamuan guru.

Guru-guru dan murid-murid mendengar taklimat dari pengerusi majlis.

Guru-guru menyanyikan "Guru Malaysia" di bawah pimpinan Pn.Nor Hidayah.

Cikgu Hidayah mengetuai guru-guru menyanyikan "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".

Suka dapat bergambar...Pengawas sekolah akan menyerahkan kuntuman bunga kepada semua pendidik.Tahniah Badan Pengawas.

Pra Arif sedang membuat persembahan.

Pra Bestari sedang mengalunkan lagu.

Pra Bestari sedang membuat aksi mengikut alunan lagu.

Pelajar Tahun 2 Arif sedang mengalunkan lagu "Ibu" di iringi petikan gitar oleh En.Suhaimi.

Pelajar Tahun 6Arif, Farah Hasyikin Adnan mendeklamasi sajak.

Adik Nur Amirah Nabihah menyampaikan sebuah lagu.

Hebat persembahan dari En.Amin dengan lagu terhebat masa kini. Semua dapat merasai apa yang dia rasa.

Suasana dan ketika penyampaian hadiah untuk seluruh warga pendidik SKSL.

Semua terpegun dengan persembahan pentas.

Pn.Mardieh sedang mendeklamasi sajak sempena Hari guru.

No comments:

Post a Comment